Watak 5 Jingga

Watak utama

Siti Saleha melakonkan watak Zaleha / Zal dalam drama ini.Zaleha / Zal (Siti Saleha)Zaleha merupakan ketua pasukan Cinta, sebuah pasukan sorak baru ditubuhkan, setelah pasukan lamanya Blitz dirampas oleh Melly gara-gara bergaduh. Zaleha yang hampir kehilangan kepercayaan terhadap dirinya sendiri di atas kejadian-kejadian yang tidak diingininya, namun telah bergantung dan mengharapkan sokongan dari rakan-rakannya. Sebagai watak drama muzikal, suara nyanyian Zal dilakab oleh Raja Atilia Raja Haron.Nik (Isma Hanum Husein)Seorang kawan Zaleha dan ahli pasukan Cinta. Mula-mulanya rendah diri, namun makin lama makin membina keyakinan diri dalam pasukan sorak. Nik mempunyai hati yang cukup suci walaupun adakalanya dia kelihatan seperti agak dingin dan paling diminatinya adalah tarian hip-hop. Walaupun terpaksa berpindah-randah dari satu sekolah ke satu sekolah yang lain namun, yang buat dia bertahan hanyalah tarian hip-hop yang sudah sebati dalam hidupnya. Di akhir setiap episod, Nik mencatatkan pengalaman sepanjang episod dalam blognya (yang boleh dilihat di sini). Suara nyanyian Nik dipinjam oleh Shila.Andi (Muhammad Ezhan Asman)Andi ialah seorang murid di bilik darjah 5 Ungu dan banyak menghabiskan masa dengan tarian hip hop dan berusaha untuk menjadi seorang penari. Andi menjadi rebutan Nik dan Liana.Melly (Sasha Bashir)Selaku antagonis utama siri drama ini, Melly merampas kedudukan ketua pasukan sorak Blitz dari Zal setelah mengetahui Jed merebut Zaidi dengannya. Melly juga seorang pengawas sekolah tetapi ini tidak menghalang niat jahatnya untuk menentang pasukan Zal habis-habisan melalui taktik kotor. Pernah sekali dia berikat dengan seorang penjenayah untuk melaksanakan satu helah jahatnya terhadap Zal, tetapi setelah helah itu gagal dia masih berhutang dengan penyangak itu. Lambat-laun ancaman penjahat itu terhadap Melly memuncak lalu melibatkan nyawa seorang lagi pelajar, dan inilah yang menjadi titik perubahan dalam hidup dan kelakuan Melly.Jed (Ainur Syakina Azman)Seorang kawan Zaleha dan Nik, dan ahli pasukan Cinta. Selain itu, dia menjadi seorang pengawas sekolah. Jed menjadi pemain simpanan bola jaring sekolahnya selama 4 tahun berturut-turut dan ini merupakan tahun akhirnya. Jed mahu membuktikan yang dia bukan hanya layak sebagai pemain simpanan sahaja. Episod ke-11 menjadi penampilan terakhir watak Jed yang meninggal akibat pendarahan kesan pertembungan dengan penjenayah.Liana (Hunny Madu)Seorang ahli pasukan Blitz. Liana menjadi musuh ketat dengan Nik kerana merebut Andi, namun mereka kelihatan berebut seorang lelaki. Liana mahir dalam tarian balet dan sukan renang. Liana juga mempunyai kembar seiras bernama 'Mia'. Kembar Liana disayangi dan dikenali oleh kawan-kawan dan ibu bapanya sebagai pelajar yang cemerlang dalam pelajaran, khususnya dalam bidang matematik.Irwan (Jehan Miskin)Irwan ialah seorang pelatih bomba yang masih dalam latihan praktikalnya. Irwan ialah abang kepada Nik yang sangat sayang kepada adiknya. Dalam diam dia menaruh harapan terhadap Zai.Zaidi (Renaldo Scully)Zaidi ialah seorang ketua pengawas di sekolahnya yang menaruh perasaan terhadap Jed. tapi Jed talah berterus terang yang mereka tidak ada keserasian bersama. Kemudian, Zaidi telah menjalinkan hubungan dengan Melly. Namun, Jed pula beralih arah meminati Zaidi dan membuatkan perasaan Zaidi terhadap Melly mula goyah.

Watak sampingan

Puan Jin (Elaine Daly)Guru kelas 5 Jingga yang mengajar matapelajaran Matematik.En Yusof (Tony Eusoff)Penyelia pendidikan jasmani di sekolah.Dr Zaharah (Joanna Bessey)Doktor gigi sekolah dan juga bekas ahli pasukan sorak di sekolah yang sama pada 1980-an.En Jaafar (Nam Ron)Guru disiplin dan penyelia pengawas sekolah yang tegas dan garang.En Zakaria (Ross Ali)Seorang ahli niaga kaya dan bapa kepada Melly. Dia menyertai panel pengadilan peraduan penentuan pasukan sorak Cinta vs Blitz maka mengundang ketidakpuasan pihak pasukan Cinta.Puan Hamidah (Amy Mastura)Jurulatih pasukan Cinta yang garang dan tegas, tiba ke sekolah untuk memastikan disiplin pasukan.Mia (Hunny Madu)Kembar kepada Lianna yang belajar di United Kingdom. Dia yang seolah-olah "anak emas" ibu bapanya kembali ke tanah air di episod ke-10. Walaupun berwajah lebih ceria berbanding Lianna, pernah sekali dia kata sebenarnya tak puas hati dengan kehendak ibu bapanya.